Thursday, August 16, 2012

sebuah cerita yang asing




I just translated another famous Korean song to Bahasa Malaysia (BM). "The story only I didn't know" by IU. This is such a lovely song plus the music video is so sad. So let's hear this song first, learn the melody then sing it in BM. The BM title is "Sebuah cerita yang asing".


Piano Version




Sebuah Cerita yang Asing

Kau telah pun melupakan
Kau ukir senyuman bila berhadapan
Disaat itu kurasa kesakitan
Luka pedih yang meresap di jiwa

Namun airmata ku pendam
Kerna ini takdirnya tiada kata dua
Tiada tertulis bersama

Tiada cara mudah untuk mengucapkan selamat tinggal
Jika ada,
Pasti segala akan kucuba
Ketika di saat ini
Segalanya telah berakhir
Sebuah cerita yang asing

Sebenarnya bukan cinta
Ia cuma saat kau menemaniku
Kini kutelah mula cuba mengerti
Bila kata-kata maaf terpatri

Jiwaku tlah hanyut terbuai
Saat kau tlah melangkah
Kuharap kau berhenti,
Kembali memeluk hatiku

Tiada cara mudah untuk mengucapkan selamat tinggal
Jika ada,
Pasti segala akan kucuba
Ketika di saat ini
Segalanya telah berakhir
Sebuah cerita yang asing

Thursday, August 2, 2012

Bieber Fever. NOT!


Ok just wanna share this funny video. It's a trailer of Justin Bieber Movie. LMFAO


and if u like this video, there's more funny video on this side, http://www.ucbcomedy.com/. Contain original comedy videos from the Upright Citizens Brigade Theatre's best improv, sketch and stand-up comedians. Find funny videos, podcasts, jokes, blogs and forums from the leading comedy community. Watch, Share, Upload.

Wednesday, August 1, 2012

Luahan Seni Stail dan Fesyen Lelaki














“Fashions fade, style is eternal” Yves St. Laurent.

Untuk satu jangka masa yang lama, dunia fesyen menjadi milik wanita. Lelaki yang berahi terhadap dunia fesyen mungkin akan dipandang sinis oleh kebanyakkan masyarakat. Jika fesyen adalah sebuah istana, maka wanitalah yang memegang tahta raja, permaisuri dan seluruh isi istana manakala lelaki terpinggir di pintu gerbang istana yang tersergam indah. Di dunia barat sendiri, wanita bebas memilih variasi corak, warna dan stail manakala lelaki harus akur dengan corak, warna dan stail yang telah ditetapkan oleh garis panduan tertentu yang kurang pasti datang dari mana.
Cara hidup semasa yang serba moden serba sebanyak sudah mula membuka ruang untuk kaum Adam meluahkan pelbagai ekspresi seni antaranya menerusi jangkauan fesyen. Terdapat pelbagai blog fesyen yang kini tertumpu kepada fesyen yang berkaitan dengan kehendak lelaki. Fesyen sebagai “Kelab hanya untuk wanita” sudah ketinggalan zaman apabila media sosial kini sudah bergerak pantas melebar sayap menyampaikan luahan fesyen dan stail kepada fesyenista berjantina lelaki di seluruh dunia. Terima kasih kepada dunia atas talian yang membenarkan sesiapa sahaja mengekpressikan diri masing-masing. Kini bahasa fesyen dan stail untuk lelaki semakin berkembang dalam ruang yang lebih luas. 
Di sini saya ingin berkongsi antara laman blog fesyen dan stail kontemporari untuk lelaki yang seronok dijadikan rujukan fesyen lelaki biasa seperti saya. Pada pandangan saya, kita tak perlu jadi pakar fesyen dan stail untuk bergaya, cuma kadangkala lelaki juga perlu ambil tahu sedikit sebanyak tentang dunia stail dan fesyen. Lagipun rasanya tak salah untuk menambah ilmu dan bahan bacaan diwaktu lapang. Beberapa laman blog ini sudah bertapak beberapa tahun manakala ada beberapa yang baru sahaja mula melangkah. Namun semuanya berdiskusi tentang fesyen dan khusus untuk lelaki agar kaum lelaki kini boleh berjalan seiring dalam perkembangan dunia fesyen dan stail dengan wanita.
Dimulakan dengan laman blog ‘The Fashionisto’ (www.thefashionisto.com), blog ini dikenali dengan fresh of the runway updates. Laman ini menghubungkan anda dengan fesyen dan stail terkini segar dari sumber yang terbaru. Dengan mengikuti rapat pereka, label, model dan penerbitan berkaitan stail dan fesyen, agak sukar untuk laman ini ketinggalan rentak berkaitan arus stail dan fesyen semasa.







Sebuah lagi laman blog fesyen yang boleh menjadi rujukan kaum lelaki adalah laman blog fesyen The Harry Rosen Blog  (www.harryrosen.com) yang menyampaikan isu fesyen dan stail melalui persembahan video yang mudah difahami. Di Amerika Syarikat, jika disebutkan tentang fesyen lelaki, nama Harry Rosen pasti takkan tercicir dari minda mereka. Baru saja memperkemaskan blog mereka dibawah kelolaan James Chatto, blog ini banyak memaparkan gaya-gaya klasik dan ikonik berkaitan stail lelaki di samping masih mengekalkan sentuhan urban dan kontemporari.










Bagi yang mempunyai wang lebih (atau banyak) dan sering tertanya-tanya di manakah boleh mendapatkan item dari label-label terkemuka antarabangsa yang sering dapat dilihat melalui majalah-majalah fesyen, blog ‘Mr.Potter’ (www.mrpotter.com) adalah jawapan terbaik. Di laman blog ini anda boleh terus membeli item-item label atau pereka fesyen terkenal. Selain itu, terdapat juga pelbagai tips dan temuramah bersama mereka yang berdiri di balik tabir dunia stail dan fesyen lelaki. 














Laman blog Coute Que Coute (coutequecoute.blogspot.com) pula memaparkan artikel-artikel berkaitan fesyen lelaki, seni dan budaya pop secara rawak. Melalui blog ini, fesyen dan stail yang dekat dengan jiwa remaja dan budaya pop dipaparkan dengan ruang letak blog yang kemas. Pilihan stail cadangan yang diletakkan dalam blog ini sangat mengujakan bagi saya.







Melihat perkembangan fesyen dan stail untuk lelaki masa kini, saya perhatikan ramai remaja Malaysia khususnya lelaki sudah semakin berani bereksperimentasi dalam berfesyen. Namun, terdapat beberapa faktor yang saya rasa perlu ada sebagai panduan dalam berfesyen agar anda tidak digelar fashion victim. Seorang lelaki boleh mempunyai sebuah almari yang sarat dengan baju-baju berjenama, namun dengan kurang pengetahuan dalam menyatukan elemen berbeza seperti fabrik, warna dan corak, penampilan akan menjadi huru-hara atau istilah fesyen carca-marba akan muncul.  Kita perlu belajar suai padan beberapa elemen yang berbeza agar dapat tampil menarik tanpa kelihatan seperti badut.
Selain itu, lelaki biasanya selesa kekal pada palet warna yang lebih neutral  dengan menggangap yang mereka takkan menjadi mangsa fesyen dengan pilihan pakaian yang selalunya hanya hitam, putih, biru dan perang. Almari yang hanya penuh dengan warna-warna ini menunjukkan peribadi anda yang konservatif dan membosankan. Apa salahnya jika sekali-sekala anda beli baju berwarna hijau terang atau ungu. Maksud saya, bukanlah anda perlu jadi seperti pelangi, tapi cukup sekadar mencuba satu warna berlainan setiap kali membeli-belah. Dengan kata lain, keluar dari kepompong selesa anda.
Apabila zaman beredar, begitu juga fesyen, stail dan peraturan-peraturan di dalamnya. Syarat fesyen dan stail hari ini adalah lebih longgar berbanding dulu. Individu yang terlibat dalam fesyen kini lebih berani dalam menjadikan fesyen sebagai sebahagian medium ekspresi seni. Apa yang penting, bagaimana pun fesyen dan stail pilihan anda, jadilah diri sendiri. Jangan dengan penampilan menjengkelkan buat orang tersalah persepsi terhadap peribadi dan karisma sebenar anda.




*as published in EH! JUL 2012 in segmen Kata Lelaki.