.
.
.
.
.
.
.
.
picture from sitizone.com
Siti Nurhaliza baru sahaja mengeluarkan album studio ke-12 beliau bertajuk “Hadiah Daripada Siti”.Album ini memuatkan 11 buah lagu:-
- Ku Mahu (Audi Mok / Rina Khan)
- Melawan Kesepian (Pongky Barata)
- Mulanya Cinta (Dick Lee / Adlin Aman Ramly)
- Tanpa Kalian (Taufik / Taufik / Dato Siti Nurhaliza)
- Biarkan (Azlan Abu Hassan / Azalea)
- Kerana Dirimu (Cynthia Lamusu)
- Hati (Sharon Paul / Shuhaimi Baba)
- Wanita(Muhamad Fahmi / Shanty Ramadani / Dato Siti Nurhaliza)
- Cintamu (Sharon Paul / Fedtri Yahya)
- Sutramaya (Aubrey Suwito / Tinta S)
- Sekian Lama (Azlan Abu Hassan / Azalea)
Untuk mengatakan ini adalah album terbaik daripada Siti, saya rasa tidak. Mungkin saya lebih suka pada album-album Siti sebelum ini seperti Pancawarna, Safa dan Transkripsi. Tapi ini mungkin hanya pendapat peribadi saya sebab lain orang lain citarasa kan?!
.
Setelah mendengar album ini sekali lalu, lagu “Cintamu” ciptaan Sharon Paul dan lirik oleh Fedtri Yahya sangat berkesan di hati saya. Saya harap lagu ini akan dipopularkan Siti nanti. Mungkin lagu ini dapat mengulangi kehebatan lagu “Aku cinta padamu”. Rentak lagunya sangat enak didengar dan otak saya mudah saja menyerap bait-bait liriknya. Nyata inilah lagu kegemaran saya dari album Siti kali ini. Tapi saya ni selalunya pelik sikit. Lagu yang saya suka jarang popular. Seperti lagu “Ku menunggu” dari album Prasasti Seni, lagu “Salju KasihNYA” dari album Pancawarna dan lagu “Bila Harus Memilih” dari album Transkripsi.
.
Lagu-lagu lain yang saya suka dari album ini ialah lagu “Melawan Kesepian”, “Mulanya Cinta”, “Hati”, “Sutramaya” & “Sekian Lama”. Lagu “Melawan Kesepian” adalah sebuah lagu balada yang seronok didengar. Perkara yang paling saya suka tentang lagu ini ialah vokal Siti yang tidak “over do it”. Selalunya, kalau lagu sebegini, pada ulangan chorus kedua kedua dan ketiga, pasti Siti akan menunjukkan kehebatan suaranya. Tapi untuk lagu ini, memang cantik apabila Siti kekal sederhana hingga ke akhir lagu. Love it! Good Job Kak Siti!
.
Lagu “Mulanya Cinta” pula membawa saya terimbau kenangan manis menonton P.Ramlee The Musical. Setiap kali mendengar lagu ini, pasti saya akan terbayang babak perpisahan antara P.ramlee. Dan Azizah. Lagu “Hati” yang dipetik dari filem Hati Malaya arahan Suhaimi Baba pula boleh saya kategorikan sebagai antara lagu patriotik yang paling menyentuh hati. Lagu dan liriknya sangat mudah dihayati.
.
“Sutramaya” karya Aubrey Suwito juga sedap didengar. Chorus lagu ini sangat mudah diikuti dan diingati. Saya suka lagu ini. “Sekian Lama” ciptaan Azlan Abu Hassan juga menarik. Bagi peminat setia Azlan seperti saya mereka pasti tahu lagu ini “tipikal Azlan”. Tanpa melihat pada lampiran album pun saya boleh cam yang lagu ini ciptaan Azlan. Seperti lagu-lagu Azlan yang lain seperti Selagi Bertahan(Jac), Fantasi Sebuah Cinta(Adibah) & Elegi Sepi (Azharina) lagu ini nyata tidak mengecewakan. Lagu ini saya kira amat sesuai dijadikan single kedua dari album ini selepas lagu “Kumahu”.
.
Sebagai peminat setia Siti mungkin ulasan saya ni agak berat sebelah. Maklumlah, dah suka semuanya nampak best kan. Tapi saya dah sedaya upaya menilai album ini sambil mengenepikan perasaan sebagai peminat setia Siti. Saya harap dalam album akan datang Siti akan bekerjasama dengan Roslan Aziz pula. Mesti ada kelainan kan! Saya juga suka sangat kalau Siti kembali menyanyikan lagu Aidit Alfian yang sangat genius tu! Hahaha! Untuk peminat-peminat setia Siti, album ini wajar dibeli!!! ***1/2
2 comments:
this is my conversation with azlan tru myspace. >>>>
----------------- Original Message -----------------
From: + a r e e d
Date: Dec 24, 2007 7:45 PM
hi azlan! i wrote sumthing about siti's new album on my blog. hope u can read it. love your song in her album!
areed
----------------- Original Message -----------------
From: Azlan
Date: Dec 24, 2007 4:00 AM
thanks so much..ada juga org suka lagu saya..
----------------- Original Message -----------------
From: + a r e e d
Date: Dec 24, 2007 8:07 PM
ramai la yg suka. i got this one friend yang apa2 lagu u buat mesti dia suka. tak kira lagu tu sape pun yg nyanyi mesti dia suka. kira mcm fanatik Azlan lah. he once said that kalau dia boleh buat album, 100% lagu Azlan pun boleh. kalau nak buat album penuh cover version lagu ciptaan azlan pun dia sanggup.
thanx for reading my blog!
areed
----------------- Original Message -----------------
From: Azlan
Date: Dec 24, 2007 8:15 PM
welcome.. cuma saya heran kenapa ramai kata lagu sekian lama tu lagu 'tipikal azlan', sebenarnya saya x berapa suka dilabelkan seoarang composer yg buat lagu tipikal dia sendiri. Kalaulah lagu SL tu dilabel kan lagu tipikal, lagu audi mok pun juga lagu tipikal audi mok 'ku mahu' (yg mempunyai stail melodi dan rentak yg sama dgn lagu dina sebelum ini) tapi ramai org tak sedar dan tak komen.
kadang2 saya rasa sedih juga sebab segala penat lelah dan tumpuan yg dicurahkan ke dalam sesebuah lagu utk mungkin ramai yg tak appreciate walaupun sebenarnya kita menghabiskan berminggu2 hanya utk menyiapkan sebuah lagu
walau bagaimana pun, terima kasih keran suka lagu ini
Azlan
----------------- Original Message -----------------
From: + a r e e d
Date: Dec 25, 2007 11:21 PM
saya x tulis lagu tu tipikal lagu audi sbb saya kurang suka dgn lagu kumahu tu. sebaliknya lagu Sekian lama mmg best. maksud saya "tipikal azlan" tu ialah, bila saya dengar lagu tu, saya tau dgn serta merta yang lagu tu azlan yg tulis. mcm magik tau. ur songs, walaupun lain dari satu dgn yg lain tapi kalau sesiapa yg familiar dgn ur song akan dapat teka yg lagu tu u buat tanpa baca kat pamplet cd pun. tak bermaksud kalau org dapat cam lagu tu azlan yg buat, bermaksud lagu tu tak bagus. cuma peminat setia akan cam la ur trademark. this is only my personal opinion. tapi sapelah saya ni kan. hanya pendengar muzik yang setia.
my fav song yg u buat ialah selagi bertahan. to me, thats is ur greatest song. sayang betul jac tak popularkan lagu tu. kalau dia nyanyi lagu tu masa asian idol kelmarin pasti best. lagu elegi sepi pulak mmg lain. tu antara lagu yg bile i dgr i xdpt teka u yg buat. anyway, teruskan berkarya!!!
=)
areed
langithijau.blogspot.com
ape2 pon areed kau dah menyengat skang =D
Post a Comment