Currently I'm damn busy making my final project come true. The program is called "Teriak~salurkan perasaan melalui seni". I hope that this project will give me an A for my TV directing subject. Insyaallah!
Remaja sering berteriak. Jiwa mereka memberontak. Pada mereka ada sahaja yang tidak kena dengan kehidupan yang mereka jalani. Perkara ini terjadi disebabkan beberapa faktor. Antaranya ialah ledakan hormon jiwa remaja yang tidak menentu, transisi kehidupan daripada kanak-kanak kepada dewasa, dan waktu dimana remaja mula merasa mempunyai tanggungjawab yang berat. Namun ada segelintir remaja yang berteriak secara positif. Mereka menyalurkan luahan rasa marah, benci, sayang, cemburu dan sebagainya melalui pelbagai medium seni. Antara medium seni yang menjadi pilihan untuk mereka berteriak ialah melalui lukisan, fotografi, lagu, layar dan penulisan. Selain mendatangkan hasil, teriakkan ini membuatkan mereka lebih dihormati. Teriakkan perasaan yang bijak ini boleh dijadikan inspirasi kepada para remaja yang lain untuk dicontohi. =)
Rancangan ini berbentuk “rancangan majalah ekperimental”. Rancangan ini dibawakan dengan mood yang lebih gelap namun tetap ceria. Ia bersesuaian dengan jiwa remaja yang sering memberontak dan penuh berwarna-warni.
Rancangan ini membawa penonton mengenali remaja-remaja yang berjaya menyalurkan perasaan mereka menjadi karya seni yang boleh diikuti dan dibanggakan. Rancangan “Teriak!” ini dikendalikan oleh Miss Fyn yang sangat gempak. Terdapat 3 segmen yang telah dipecahkan mengikut medium seni seperti lagu dan layar, fotografi dan lukisan. Segmen-segmen tersebut adalah conteng-conteng, kotak-kotak, & kelip-kelip.
Thanx to Meet Uncle Hussein(Kotak²), Sue Anna Joe (Kelip²) dan Jojo (Conteng²) yang sudi terlibat dalam episod pertama rancangan ini..
.
.
.
.
.
No comments:
Post a Comment