Pensel: Saya minta maaf.
Pemadam: Untuk apa? Awak tak buat salah pun dengan saya.
Pensel: Saya minta maaf, disebabkan saya awak cedera. Setiap kali saya buat silap, awak pasti ada untuk membetulkan kesilapan. Tapi setiap kali awak memadamkan kesilapan saya, awak kehilangan sebahagian kecil dari diri awak. Awak menjadi semakin kecil.
Pemadam: Takpe, saya tak kisah, Saya memang dijadikan untuk tujuan itu. Walaupun saya tahu satu hari nanti saya akan terus lenyap, saya bangga dengan kerja saya ni. Jadi janganlah awak risau sebab saya tak suka tengok awak bersedih.
Pengajaran: Ibu bapa bagaikan pemadam dalam cerita di atas dan kita ibaratkan pensel. mereka sentiasa di sisi kita, membetulkan kesilapan. Hargai mereka dengan sepenuh jiwa.
No comments:
Post a Comment